Tuesday, December 4, 2012

MENU HARI INI:Udang Harimau Goreng Kunyit dan Sayur Kailan Ikan Masin

Alhamdulillah...dalam keadaan ekonomi yang gawat pun masih dapat makan makanan yang sedap-sedap hasil tangan umi.Itulah untungnya bila isteri hebat beraksi di dapur.hehe

Monday, November 26, 2012

Menu Hari Ini:Gulai Ayam dan Asam Pedas Batang Keladi

Assalamualaikum. Hari ini umi masakkan untuk kami gulai ayam. Semalam dapat makan Asam Pedas Batang Keladi. Memang sedap.

Tuesday, September 11, 2012

Menu Hari Ini (Sambal Ikan Tongkol dan Udang Goreng Kunyit)

Salam, Hari ini umi sediakan Sambal Ikan Tongkol dan Udang Goreng Kunyit. Untuk makluman korang, di Kedah, Ikan Tongkol dikenali dengan nama Ikan Kayu, namun ia juga dikenali dengan Ikan Aya oleh masyarakat Kelantan dan Terengganu.Kalau di sini (Kedah), Ikan Tongkol tak berapa nak diminati tetapi di Kelantan dan Terengganu ikan ini cukup mendapat tempat.Sampaikan Kari Kepala Ikan Tongkol sahaja pun boleh mencecah puluhan ringgit.

Monday, September 10, 2012

Menu Hari Ini (Ayam Upin Ipin dan Gulai Ayam)

Salam, Hari ini umi sediakan menu kegemaran anak-anak iaitu ayam goreng.Tak cukup dengan itu,disediakan juga gulai ayam untuk suaminya tercinta iaitu aku. Alhamdulillah..sedap.Tapi tak bole nak makan banyak sebab kat sekolah tadi Cikgu Azizan dah belanja makan.Terima kasih umi untuk ayam goreng dan gulai ayam tu.Thanks Cikgu Azizan juga.

Sunday, September 9, 2012

Ilham untuk blog Dari Dapur Umi (D2U)

Assalamualaikum wbt. Pulang dari kerja hari ini,Umi(panggilan untuk isteriku)dah siapkan BIHUN SUP di atas meja makan.Selesai menyalin pakaian,aku terus ke meja makan untuk menikmati masakan isteriku yang sememangnya gemar memasak.Sambil makan,terlintas idea untuk aku mendokumentasikan masakan isteriku.Lalu,aku mulakan blog ini...Jom kita tengok apa yang akan isteriku sediakan untuk kami sekeluarga untuk hari-hari seterusnya..